Dr Noor Hisham Sahkan Ada Mutasi D614G 'Super Spreader'


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat mutasi jenis D614G dikesan dari dua kluster melalui pengasingan kultur virus COVID-19, Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Ulu Tiram.

Perkara ini didedahkan setelah mendapat keputusan terkini dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Tambah beliau , setakat ini kedua-dua kluster berkenaan masih terkawal hasil dari pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas.

Dengan penemuan ini beliau meminta agar masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain serta mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Sumber gambar dari The Conversation
Tambahnya lagi, kajian vaksin yang sedang dilaksanakan sebelum ini kemungkinannya tidak berkesan keatas mutasi berkenaan. Jadi beliau mengharapkan agar masyarakat mematuhi pematuhan operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk elak dijangkiti.

OHMEDIA: SEMOGA SEMUANYA KEMBALI SEPERTI SEDIA. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca KP Kesihatan sahkan ada mutasi D614G 'super spreader' di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media