Menurut polis, pemandu van dan guru yang bertanggungjawab menghantar mangsa pulang ke rumahnya dari pusat jagaan kanak-kanak di daerah Kathoon, telah tampil menyerah diri.
Kejadian itu berlaku di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Wat Simaram. Mangsa, Kong Bin, ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang van dalam keadaan mulutnya ternganga.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan tidak beberapa lama selepas itu mengalami koma.
Doktor berkata, otak Kong Bin bengkak dan mangsa tidak memberi sebarang reaksi kepada rawatan selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 15 Ogos.
Ekoran kejadian itu, pemandu van dan guru terbabit didakwa melakukan kecuaian sehingga meragut nyawa mangsa.
Kedua-dua tertuduh itu kini berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda 200,000 Baht (RM27,000), atau kedua-duanya sekali.
Kedua-duanya mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin sementara menunggu proses perbicaraan.
Sumber: Asia One
Sumber : thereporter.my