Sejak penularan pandemik COVID-19, kita semua dituntut untuk memakai facemask jika hendak ke mana-mana bagi mengelakkan berlakunya penularan. Ditambah pula arahan kerajaan mewajibkan pemakaian facemask ditempat awam. Sekiranya ingkar, seseorang individu berkenaan akan didenda sebanyak RM1,000. Ini menyebabkan jumlah penggunaan facemask bertambah dari masa ke masa.
Perkara ini menyebabkan banyak facemask tidak digunakan lagi bersepah merata tempat kerana tidak dibuang pada tempat sepatutnya. Bimbang akan berlaku penularan berkenaan, pasangan adik beradik dari Pulau Pinang telah hadir dengan inisiatif mengutip facemask yang bersepah merata tempat. Mereka melakukan inisiatif ini dari Sg Bakap ke Parit Buntar.
Inisiatif ini dikongsi oleh mereka melalui satu posting di Facebook. Dalam posting berkenaan mereka turut menasihatkan facemask yang telah digunakan hendaklah dibuang ke tempat sepatutnya. Mereka turut menjelaskan impilkasi sekiranya berlaku pandemik COVID-19 yang lebih buruk. Mereka juga mengingatkan agar sentiasa jaga kebersihan diri dan masyarakat.
Kredit: Facebook Vasugi Ramasamy
+ Baca respon pembaca pasangan adik beradik buat kerja amal kutip facemask bersepah merata tempat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media