Bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memaklumkan dirinya bersedia untuk membersihkan namanya dengan membuktikan dirinya tidak bersalah dengan segala pertuduhan rasuah.
Ini tuduhan yang tidak berasas dan saya akan lawan untuk buktikan di mahkamah bahawa saya tidak bersalah dan tidak menerima wang. - Tegasnya.
Sidang media yang diadakan Lim Guan Eng itu turut dihadiri oleh ayahnya Lim Kit Siang dan adik perempuannya Lim Hui Ying. Rakan seperjuangan turut hadir terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Jelutong, R S N Rayer serta peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.
Lim Guan Eng yang baru sahaja selesai di Mahkamah Sesyen Butterworth sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan sebanyak RM3.3 juta kepada syarikat yang melaksanakan projek menyiapkan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di negeri berkenaan.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Lim Guan Eng di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media