SOALAN
Ohmedia pasti ada antara kita yang selalu membaca Al-Quran di rumah. Namun, ada segelintir kaum wanita kadangkala tidak menutup aurat dengan lengkap ketika membaca Al-Quran. Sebagai contoh mereka tidak memakai tudung dan hanya menggunakan baju lengan pendek. Jadi, apakah hukumnya?
JAWAPAN
Di antara perkara yang disunatkan ketika membaca Quran ialah menutup aurat. Hukum sunat ini adalah jika membacanya itu pada tempat yang tiada orang yang haram melihatnya.
Ada pun jika berada pada tempat yang ada orang yang haram melihatnya maka menutup aurat adalah wajib.
Begitu juga jika membaca Quran tanpa wuduk dan tidak menyentuhnya maka hukumnya adalah harus tetapi jika membacanya dalam keadan bersuci maka ia adalah afdhal.
Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jum’ah :
تجوز قراءة القرآن دون وضوء, والحديث عن النبي ﷺ أنه كان يقرأ القرآن علي كل حال, إلا أن يكون جنبا[1], فهذا هو حال النبي ﷺ, ونحن نحاول أن نتبعه في أحواله, كان يذكر الله علي كل حال, سواء أكان جنبا, أم لم يكن جنبا, وكان يقرأ القرآن علي كل حال, متوضئا كان أو غير متوضئ إلا أن يكون جنبا, إذا فإن الجنابة فقط هي الني تمنع من تلاوة القرآن. ويجوز للسيدة أن تقرأ القرآن دون حجاب, ولا شيء عليها في ذلك .
Artinya : “Harus membaca Quran tanpa wuduk dan hadith dari Nabi saw sungguhnya baginda membaca Quran pada setiap keadaan melainkan pada ketika junub (hadith riwayat Daruqutni & Abu Ya’la). Maka inilah kelakuan Nabi saw dan kita mengikutnya pada sekelian kelakuan. Dan adalah Nabi saw berzikir akan Allah atas tiap keadaan samada ketika junub atau tidak junub. Dan adalah Nabi saw membaca akan Quran atas setiap keadaan samada ketika ada wuduk atau tidak melainkan pada ketika junub. Oleh itu hanya pada ketika junub sahaja menghalang dari membaca Quran. Dan harus bagi perempuan bahawa membaca ia akan Quran dalam keadaan tidak berhijab dan tiada suatu (kesalahan) atas perempuan itu pada yang demikian itu.” (Darul Ifta Mesir)
KESIMPULAN
Sunat membaca Quran dalam keadaan berwuduk tetapi jika membacanya dalam keadaan tidak berwuduk maka hukumnya adalah harus asalkan tidak menyentuh akan mushaf.
Sunat membaca Quran dalam keadaan menutup aurat tetapi tidak menjadi kesalahan membacanya dalam keadaan tidak menutup aurat dan sungguhnya membacanya dalam keadaan menutup aurat adalah adab yang elok.
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca baca Al-Quran tanpa menutup aurat, apakah hukumnya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media