Korang jangan salah faham, mabuk yang dimaksudkan bukanlah tentang pengambilan alkohol secara berlebihan. Kes ini dilaporkan berlaku di Amerika, dimana seorang lelaki berusia 47 tahun berasa mabuk sepanjang hari mengambil antibiotik meskipun minum minuman beralkohol.
Difahamkan gejala ini dikenali sebagai sindrom 'bir automatik', keadaan di mana tubuh menghasilkan alkohol dalam usus seseorang. Kaedah seperti diet karbohidrat dan rawatan anti-kulat yang sepatutnya berkesan untuk merawat masalah berkenaan tidak berkesan.
Sumber gambar dari Health Europa |
Hal ini menyebabkan lesen memandu lelaki berkenaan ditarik balik oleh pihak polis kerana disangka memandu dalam keadaan mabuk. Akhirnya satu cara ditemukan bagi mengatasi masalah ini. Cara berkenaan adalah menggunakan pemindahan najis.
Hal ini hasil kajian jurnal kesihatan Annals of Internal Medicine. Berdasarkan kajian berkenaan, doktor berkenaan memindahkan mikrobiot, sejenis bakteria yang ada pada najis ke dalam usus kecil lelaki berkenaan dan dirawat selama 34 bulan.
OHMEDIA: KORANG JANGAN BAYANGKAN YANG RAWAT MABUK NI DI BAGI KORANG HIDU NAJIS SAMPAI HILANG MABUK. ADALAH CARA DAN KAEDAH YANG LEBIH SAINTIFIK.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca doktor rawat mabuk guna najis di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media