Sebut saja pasal kluster kayangan, mesti dalam fikiran korang teringat isu-isu yang timbul membabitkan mereka menyebabkan kita jemu mendengarnya. Dari yang degil tidak mahu dikuarantin sampailah mengkritik makanan yang diberikan kepada mereka. Itu belum lagi isu mereka buat hal dekat tempat penginapan mereka, habis bersepah bilik penginapan yang diberikan.
Sumber gambar dari Cerita Kini |
Ada antara mereka meninggikan suara dan ada pula yang tidak mahu dikuarantin. Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami,
Ada juga diantara mereka tidak mahu membayar caj hotel yang ditetapkan dengan memberikan alasan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menginap di hotel meskipun ada diantara mereka adalah golongan berada. Situasi ini menyebabkan mereka dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk dikuarantin. Jelas ini frontliner ini lagi, ada diantara mereka tidak mahu tinggal di hotel yang diberikan sebaliknya mahu memilih hotel sendiri atas alasan tidak selesa.
Sumber gambar dari Berita Harian |
OHMEDIA: BEGITULAH KISAHNYA GOLONGAN KLUSTER KAYANGAN NI, MACAM-MACAM HAL! BAIK DARI WARGA TEMPATAN SENDIRI HINGGA WARGA ASING.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca frontliner kongsi pengalaman urus kluster kayangan warga asing di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media