West Ham Bikin Chelsea Terkucil, Peluang MU Ke UEFA Kembali Terbuka


Hasrat Chelsea untuk terus kukuh di tangga ketiga liga sedikit tergugat selepas tewas 3-2 di tangan West Ham United. Beraksi di Stadium London pastinya memberi sedikit kelebihan buat West Ham yang kini hampir berada di zon penyingkiran liga.


Tomas Soucek berjaya manfaatkan peluang dengan menolak bola ke dalam gol selepas berlaku sedikit perebutan dalam kotak penalti Chelsea. Walaubagaimanapun, gol tersebut dibatalkan melalui VAR selepas beliau berada dalam kedudukan offside.


3 minit sebelum tamat separuh masa pertama menyaksikan Chelsea mendapat gol pendahuluan menerusi sepakan penalti yang diambil Willian. Tersentak dengan jaringan itu West Ham mengatur semula serangan dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada masa tambahan.


Bersambung separuh masa kedua, giliran Antonio pula meletakkan West Ham di depan selepas menyempurnakan hantaran dari Bowen pada minit ke-51. Pemain sayap Brazil, Willian sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma pada minit ke-72.


Andriy Yarmolenko muncul hero West Ham selepas menyumbat gol kemenangan pada minit ke-89 melalui satu serangan balas untuk pastikan tuan rumah mengutip 3 mata penuh. Keputusan ini menyaksikan peluang MU dan Wolves untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan terbuka luas.


OHMEDIA: NAMPAKNYA FRANK LAMPARD PASTI KECEWA DAN TIDAK BERAPA SENANG DENGAN KEPUTUSAN INI

+ Baca respon pembaca West Ham bikin Chelsea terkucil, peluang MU ke UEFA kembali terbuka di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media