Warga Bangladesh Rayhan Kabir Diusir & Disenarai Hitam Masuk Malaysia Selamanya


Rasanya korang semua mesti dah tahu yang petang semalam seorang lelaki warga Bangladesh Md Rayhan Kabir yang sebelum ini viral mengeluarkan kenyataan berniat memburukkan nama Malaysia telah berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Usaha pemburuan Rayhan yang memakan masa hanya 2 minggu ini akhirnya membuahkan hasil dan Imigresen menyatakan lelaki Bangladesh ini akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM berjaya menahan Rayhan yang dipercayai bersembunyi di sebuah kondominium di Setapak Kuala Lumpur pada jam 5.45 petang semalam.

Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka. Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya. - Kata Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Berita ini pasti melegakan kita semua kerana memang itu yang kebanyakan rakyat Malaysia mahukan iaitu agar mereka yang mencuba memburukkan imej negara terus diusir pulang ke negara asal. Sekarang pulanglah ke kampung berjumpa kawan dan saudara mara di sana ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang rasa puasa baca berita ni di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media