Warga Asing Diminta Bersabar Sebelum Dibenarkan Datang Ke Masjid Solat Jumaat


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dijalankan di Malaydia dan semakin banyak juga perkara yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. Antara aktiviti yang dibenarkan adalah untuk menunaikan solat jumaat selepas sekian lama kita dinasihatkan untuk tidak pergi ke masjid.

Terbaru dalam satu kenyataan, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga dalam usaha untuk mengajak rakyat Malaysia untuk kembali mengimarahkan masjid.

Langkah ketiga, kita hadkan satu pertiga kapasiti di masjid. Keempat kita lebarkan lagi (ruang solat) berdasarkan penjarakan sosial oleh kerana ramai orang. Ini saya cakap di Wilayah Persekutuan. Sebagai contoh, kita lebarkan di bahagian sayap kiri dan kanan selain luar masjid. Tujuannya kita tidak mahu orang kata dia tak dapat nak solat berjemaah.

Kita juga cuba 'hidupkan' surau untuk kita lakukan solat Jumaat. Kita mengizinkan mengikut difatwakan untuk surau melakukan solat Jumaat dengan syarat mereka minta kebenaran Iabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pejabat mufti supaya ia boleh dipantau sebaik mungkin. Apabila keadaan ini sudah stabil dan difahami sepenuhnya, Insya-Allah selepas ini kita akan tengok pula dengan keadaan warga asing (kebenaran untuk mereka solat Jumaat di masjid).
- Katanya.

Ya benar, buat masa ini hanya warga tempatan sahaja dibenarkan untuk datang ke masjid bagi mengawal jumlah mereka yang hadir dan mengikuti SOP. Dr. Zulkifli juga meminta agar orang ramai bersabar dan mereka yang masih tidak dapat ke masjid boleh melaksanakan solat Zuhur di rumah atau tempat kerja.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media