Wanita OKU Mengamuk Di Luar Mahkamah, Yakin Najib Razak Tidak Bersalah!


Semalam panas mengenai isu pertuduhan keatas bekas perdana menteri, Dato’ Seri Najib Razak di mana mahkamah akhirnya memutuskan bahawa dia didpati bersalah atas semua tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram keatas dana SRC International Sdn Bhd sebesar RM42 juta.



Keputusan berkenaan jelas mendatangkan rasa kurang senang keatas penyokong-penyokongnya sehinggakan ada yang sanggup mengamuk di luar mahkamah bagi membantah keputusan berkenaan. Contohnya akak ini, beliau berkata hanya Najib Razak sahaja perdana menteri yang membela rakyat. Tambahnya, SRC International adalah sebuah pertubuhan kebajikan sosial.

Video berkenaan mengundang reaksi warga Twitter. Ada yang menyifatkan bahawa akak ini ditipu mengenai syarikat SRC International yang disangka sebagai sebuah badan kebajikan. Bahkan ada juga yang menganggap bahawa dia dibayar selain turut bersimpati dengan nasib akak berkenaan. Namun ada yang backup akak berkenaan, mengatakan bahawa Dato' Seri Najib memang menolong mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan B40.

Sumber gambar dari tangkapan layar Twitter

OHMEDIA: SETIAP MANUSIA ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN YANG DIA LAKUKAN. MUNGKIN AKAK INI TERKESAN DENGAN KEBAIKAN YANG PERNAH DATO’ SERI NAJIB LAKUKAN PADANYA YANG MENINGGALKAN KESAN. SANGKA BAIK ITU INDAH GAIS!

Kredit: Twitter Nabihah Hamid

+ Baca respon pembaca wanita OKU mengamuk di luar mahkamah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media