Aston Villa berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas membenam Arsenal 1-0 di Villa Park. Paling manis ini adalah kemenangan pertama Aston Villa terhadap Arsenal semenjak Disember 1998. Arsenal yang ingin mengejar kedudukan 6 teratas liga sepatutnya tidak berhadapan masalah dalam perlawanan ini.
Ternyata ianya menjadi sukar buat anak-anak buah kendalian Mikel Arteta apabila mereka dikejutkan dengan jaringan pertama Aston Villa pada minit ke-27 menerusi rembatan padu Trezeguet. Tuan rumah hampir menambah gol kedua menerusi percubaan ketua pasukan, Jack Grealish dari luar kotak penalti namun bola tersebut melepasi palang gol.
Bersambung separuh masa kedua, Grealish yang kini sedang dipancing MU hampir membantu Aston Villa untuk mendapatkan gol kedua menerusi gerakan solo menarik sebelum melakukan hantaran kepada Davis namun rembatan beliau hanya melepasi tiang gol.
Arsenal hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-77 namun tandukan dari Nketiah terkena tiang dan diselamatkan oleh Pepe Reina. Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat menyaksikan Arsenal gagal untuk berada di kelompok 6 pasukan teratas liga.
OHMEDIA: ASTON VILLA PERLU MENANG AKSI TERAKHIR LIGA SUPAYA TIDAK TERSINGKIR KE DIVISYEN KEDUA
+ Baca respon pembaca Arsenal kembali terciduk, gagal berada di kedudukan 6 teratas di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media