Liverpool akhirnya menjulang Trofi Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield selepas menewaskan Chelsea 5-3 awal pagi tadi. Ini merupakan perlawanan penting buat Chelsea yang ingin mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah tanpa sebarang halangan.
Walaubagaimanapun, Chelsea dikejutkan dengan jaringan pertama Liverpool menerusi rembatan padu Naby Keita pada minit ke-23. Liverpool semakin garang selepas menyumbat gol kedua hasil sepakan percuma Trent Alexander Arnold pada minit ke-38. Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama giliran Wijnaldum pula menambah gol ketiga Liverpool.
Chelsea berjaya merapatkan kedudukan pada masa tambahan hasil jaringan penyerang Perancis, Oiver Giroud. Bersambung babak kedua, Liverpool kembali selesa apabila Roberto Firmino menyempurnakan hantaran dari Arnold menerusi satu tandukan cantik untuk menewaskan Kepa.
Walaupun ketinggalan 4-1 anak-anak buah Frank Lampard tidak mudah berputus asa dan kembali mendapatkan dua gol pada minit ke-61 dan 73 menerusi Tammy Abraham dan Christian Pulisic.
Chamberlain akhirnya menutup malam gemilang Liverpool pada minit ke-84 selepas menyempurnakan hantaran dari Robertson. Keputusan 5-3 kekal hingga wisel penamat.
OHMEDIA: WALAUPUN TIDAK DAPAT MERAIKAN TROFI DI HADAPAN PENYOKONG, UPACARA TERSEBUT TETAP DIADAKAN DENGAN MERIAH
+ Baca respon pembaca Akhirnya Liverpol menjulang trofi kejuaraan di Anfield di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media