Tunjal Kepala Isteri Di Tempat Awam, Ini Penjelasan Nubhan!


Korang masih ingat lagi tak ada satu video yang tular di laman sosial menunjukkan penyanyi Nubhan Ahamad berkasar dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek di tempat awam? Kalau belum tengok, boleh tonton dekat bawah ni.


Pada mulanya Ohmedia memang tak percaya apa yang dilakukan oleh Nubhan, hampir je tuduh lelaki dayus tetapi ni semua ada udang di sebalik batu. Nubhan sengaja buat macam tu sebab nak buat kejutan sempena ulang tahun perkahwinannya.

Pendedahan itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya yang mengatakan bahawa dia cuba untuk buat isterinya marah sampai terpaksa berkasar sikit. Walaubagaimanapun, penyanyi tersebut meminta maaf kepada isterinya disebabkan tertunjal kepala Afifah.

Kisah sebenar "LELAKI DAYUS". Sorry sayang sebab i tertunjal kepala you. I cuba nak buat you marah tapi you tak marah-marah. I dah jam...sebab tu terpaksa berkasar sikit...sampai sekarang i rasa bersalah ni. As you wish! You nak sangat hadiah ni...hope you happy! Sorry juga sebab tersalah date anniversary. Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni tak dapat dipisahkan. Sepoz bulan Ogos. I ingatkan July.


Menurut Afifah, dia tidak pernah terfikir pun bahawa ini adalah satu rancangan kerana selama ini Nubhan yang selalu ingatkan jikalau ada apa-apa, mereka tidak akan bergaduh di depan orang sekalipun.

Selama ini dialah yang selalu ingatkan agar kalau ada apa-apa jangan bergaduh di depan orang sekalipun di depan ahli keluarga lain. Apa-apa katanya tunggu balik rumah. Jadi, saya terkejut bila dia tiba-tiba menjerit. Dah lah di tempat umum dan ramai orang. Saya pun reda sahaja bila kena tunjal kepala sebab masa tu dah rasa bersalah kerana hilangkan keretanya sebab kecuaian sendiri.

Saya tak terfikir pun itu satu prank. Sebab saya faham yang hilang itu kereta dia. Orang lelaki kalau kereta tu memang sesuatu yang cukup berharga buat mereka. Bila dia marah-marah tu, saya tak boleh nak jawab. Saya diam sebab memang teringat dia ada beri kunci kepada saya. Saya rasa dah lemah kaki masa tu. Terdetik Allah nak uji saya sampai begini. Masa tu terfikir habislah 30 tahun tak boleh berbelanja ni nak gantikan kereta Mercedez dia.

Bayangkan saya sampai bertanya orang sana sini bertanyakan ada nampak ke tak kereta. Sampailah ahli keluarga datang kata ia satu kejutan. Terus saya menangis. Sebelum tu saya memang dah nak menangis sebab perasaan dah bercampur-baur dengan takut, tapi saya tahan sebab malu kat tempat umum ramai orang. Sekarang ni saya jadi lebih berjaga-jaga dengan barang. Kalau tak, sebelum ni, apa-apa semua sumbat je dalam beg. Lepas ni, saya akan letak elok-elok. -kata Afifah

Walaubagaimanapun, Afifah sudah memaafkan tindakan kasar suaminya itu. Nasib baiklah bukan betul-betul. Kalau tak, makcik bawang dah mula serang Nubhan dah. Hehehe. Happy anniversary walaupun bulan depan!

Untuk pengetahuan, penyanyi Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang anak bernama Aafiya Kamilia berusia 3 tahun dan Ahmad Aaffan berusia setahun.

OHMEDIA: JANGAN BUAT MACAM TU LAGI NUBHAN! KESIAN AFIFAH. 

Kredit: Instagram | Youtube | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media