Tular satu video yang mengatakan bahawa Infared thermometer mampu menjadi punca kepada penyakit kanser. Namun perkara berkenaan dinafikan oleh Kementeri Kesihatan melalui laman Twitter rasmi yang mengatakan bahawa alat berkenaan selamat digunakan. Maka telah tampil seorang individu bergelar seorang doktor menjelaskan isu berkenaan.
Infrared thermometer menyebabkan kanser? 😱😱— Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.
Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.
Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan
... pic.twitter.com/GSqhLiMWJY
Shazwan Sazali melalui Twitter miliknya menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak tepat kerana tiada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian. Beliau menjelaskan bahawa thermometer yang disebut sebagai “non-contact infared thermometer (NCITs)’ berkenaan digunakan bagi mengurangkan risiko cross-contamination dan sekaligus penyebaran virus.
Sumber gambar dari tangkapan layar Twitter |
Sumber gambar dari tangkapan layar Twitter |
Kredit: Twitter Shazwan Sazali
+ Baca respon pembaca infared thermometer penyebab kanser di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media