“Tidak Salah Guna Lembu Wagyu Untuk Ibadah Korban” - Menteri Agama


Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan perbuatan untuk menggunakan lembu wagyu sebagai binatang korabn untuk Hari Raya Korban yang akan menjelang tak lama lagi. Perkara ini dijelaskan oleh beliau menerusi program Al-Bayan Siri 11 yang bertajuk Ibadah Korban Dengan Lembu Wagyu di Facebook milik beliau semalam.

Jelas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tidak salah untuk menggunakan lembu wagyu untuk dijadikan binatang korban namun perlu mengikut keutamaan berdasarkan stiuasi semasa, misalnya penularan pandemik wabak agar ia selaras dengan konsep ibadah korban. Tambah beliau, terlalu ramai yang memerlukan bantuan untuk merasai daging, di mana ketika ini nilainya melebihi RM30 sekilogram.

Sumber gambar dari Google
Menerangkan lebih lanjut, seekor lembu wagyu berharga RM30,000. Jika dihitung, dengan harga berkenaan, kita akan memperoleh enam ekor lembu biasa dengan nilai RM5,000 seekor. Dengan enam ekor lembu, sudah tentu ia dapat memberi manfaat yang lebih besar berbanding seekor lembu wagyu.

Sumber gambar dari BuzzKini
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, adalah ditegaskan bahawa lebih aula (utama) dari sudut Fiqh Aulawiyyatnya untuk memberi makan seramai mungkin golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

OHMEDIA: BENAR YANG DIKATAKAN OLEH MENTERI HAL EHWAL AGAMA, BUAT MASA SEKARANG KURANG SESUAI UNTUK GUNAKAN LEMBU WAGYU SEBAGAI BINATANG KORBAN KERANA TERLALU MAHAL. ADALAH LEBIH BAIK BELI LEMBU BIASA DIMANA MANFAATNYA LEBIH RAMAI YANG DAPAT.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca menggunakan lembu wagyu untuk ibadah korban di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media