Spicy Korean Burger McDonald’s Bawakan Lebih Kenikmatan Dengan Suasana Seakan Berada Di Seoul Korea! #McDaebak


Spicy Korean Burger kembali lagi gais! Annyeonghaseyo! Sejak diperkenalkan pada tahun 2017 lalu dengan tema Discover the World, peminat Oppa & Unnie mesti tak akan ketinggalan untuk dapatkan burger istimewa dari McDonald’s yang pasti bawa senyuman kepada semua rakyat Malaysia. Kami pun tak sabar nak cuba!


Sos pedas Korea berapi dengan kepingan Daebak ayam atau daging meliurkan!

Cuba bayangkan Spicy Korean Burger ini masuk dalam mulut korang dengan sayur-sayuran campuran, bawang yang digril menaikkan lagi aromanya, dihidang pula dengan keju meleleh yang diapit ban arang hitam bersama sos pedas Korea berapi dan kepingan Daebak daging digril atau ayam rangup. Daebak!


Untuk 1 set besar ni korang akan dapat Spicy Korean Burger, Criss Cut Fries dan minuman Coca-Cola. Untuk air tu, korang boleh tukar mengikut kesukaan. Semua ni korang akan dapat dengan harga yang berpatutan di semua cawangan McDonald’s Malaysia sekarang!


McDonald’s Teleport Pelanggan Malaysia Terus Ke Seoul Korea?!

Biar betul? Rupanya McDonald’s Malaysia membawa keindahan Korea terus ke Malaysia dengan menjadikan McDonald’s Putrajaya sebagai lokasi untuk kita merasai pengalaman budaya seakan-akan berada di Korea. Masa dekat sana korang akan rasa macam kena teleport terus ke Korea! Fuhh!

Dari depan pintu masuk kita dah boleh nampak papan tanda arah 75m ke pengalaman Seoul dan bila masuk nanti akan disambut dengan McDonald’s krew dengan pakaian tradisional Korea ala Hanbok.


Cantik betul tanglung tema Korea ni. Berseri betul McDonald’s jadianya!


Bukan bahagian dalam McDonald’s jer dihias ala-ala Korea, dekat luar pun korang akan nampak bentuk hati dengan tulisan Seoul Daebak yang besar dan korang boleh bergambar dekat kerusi merah jambu yang cantik ni sebagai kenang-kenangan.


Lepas tu bolehlah bergambar dengan pasangan dekat bawah pokok Cherry Blossom Tree ni dengan pakaian ala-ala Korea. Hehe! Jangan bawa balik pokok ni pula ok!


Itulah keunikan Seoul Experience activation yang akan dibawakan khas di McDonald’s Putrajaya bermula 21 Julai hingga 12 Ogos 2020 ini.

Alang-alang dekat McDonald’s Putrajaya tu, apa kata join #McDaebak Tik Tok Challenge & Menang Sehingga RM10,000!

RM10,000 bukan sikit guys! Dah terlanjur dekat McDonald’s Putrajaya, apa kata korang terus layan Tik Tok dengan Spicy Korean Burger dan gunakan persekitaran yang indah. Barulah boleh buat Tik Tok Challenge yang menarik. Nah tengok contoh #McDaebak Tik Tok Challenge ni.


Macam mana nak menang #McDaebak Tik Tok Challenge?

  1. Muat turun aplikasi Tik Tok di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Rakam video #McDaebak Tik Tok Challenge dengan lagu “CLAP” di Tik Tok dan ubah perwatakan sebaik sahaja menggigit Spicy Korean Burger.
  3. Edit video mengikut kreativiti dan upload video di aplikasi Tik Tok dengan tanda #McDaebak
  4. Hantar penyertaan korang ke aplikasi McD App dan masukkan link video korang dengan mengisi maklumat penyertaan.
  5. Paling penting, set profil Tik Tok korang kepada Public bagi memudahkan juri menilai video kreatif korang.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang #McDaebak Tik Tok Challenge boleh tekan sini!


Hadiah Pertama: Baucar tunai McDonald’s RM3,000.
Hadiah Kedua: Baucar tunai McDonald’s RM2,000.
Hadiah Ketiga: Baucar tunai McDonald’s RM1,000.
Hadiah Saguhati x10: Baucar Tunai McDonald’s RM400.

#McDaebak Tik Tok Challenge bermula 17 Julai hingga 2 Ogos 2020 ini. Tak rugi pun join sebab semua penyertaan yang sah akan dapat potongan 30% untuk pembelian Spicy Korean Burger yang kedua. Jadi jom kita berTik Tok dengan Spicy Korean Burger sekarang!

Untuk info lebih lanjut boleh terus ke https://www.mcdonalds.com.my/spicykoreanburger.

Sumber: Oh! Media