Nampaknya usaha kerajaan tanah haram Israel di bawah kuasa Benjamin Netanyahu untuk merampas dan mengambil hak milik rakyat Palestin terus ditentang hebat masyarakat dunia. Semalam Ohmedia telah naikkan yang amaran ini turut dikeluarkan PBB untuk mengarahkan Israel membatalkan niat itu yang boleh memburukkan keadaan.
Apa yang dilakukan Israel itu juga tidak sah disisi undang-undang walaupun mempunyai sokongan kuat Amerika Syarikat di bawah Donald Trump.
Untuk pengetahuan korang, semalam 1 Julai 2020 Israel telah mengumumkan untuk memulakan rampasan Tebing Barat dari rakyat Palestin ini dan penduduk Gaza tidak putus melakukan demonstrasi secara besar-besaran bagi membantah tindakan terkutuk Israel ini.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila masyarakat dunia turut menunjukkan suara mereka dengan melakukan perhimpunan, termasuklah di Korea Selatan.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Palestin di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media