Ekoran pandemik, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa dicutikan dari bekerja akibat circuit breaker yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak pandemik di negara berkenaan. Namun ada khabar baik diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad yang menjelaskan bahawa sebahagian besar pekerja Malaysia-Singapura akan kembali bekerja semula.
Beliau menganggarkan bahawa kira-kira 100,000 pekerja atau 75 peratus akan kembali bekerja di negara republik berkenaan. Perkara ini didedahkan setelah mendapat hasil perbincangan yang dijalankan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Singapura serta beberapa majikan dari negara republik tersebut. Jelas beliau lagi, kira-kira 15 peratus masih lagi menunggu keputusan dari majikan manakala 10 peratus lagi berhasrat untuk tidak bekerja.
Sumber gambar dari Twitter |
OHMEDIA: MESKIPUN INI BERITA BAIK KEPADA PEKERJA MALAYSIA-SINGAPURA, NAMUN PERLU DIINGAT BAHAWA LANGKAH PENCEGAHAN, MISALNYA SOCIAL DISTANCING SERTA PEMAKAIAN MASK PERLU DIAMALKAN BAGI MENGELAKKAN KITA MENGIMPORT PANDEMIK BERKENAAN DARI NEGARA SEBERANG.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca sinar baru pekerja Malaysia-Singapura di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media