Pengacara popular, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad berusia 36 tahun gagal menahan sebak apabila dia mengimbau kembali detik kehilangan bapa tersayang ketika masih kecil.
Perkongsian itu telah dibuat menerusi satu program bual bicara apabila dia memberitahu kisahnya ketika berusia 9 tahun yang menjentik hati penonton dan pengacara program itu sehingga mereka turut menangis.
Arwah tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana orang mesti cakap 'Tuan Syed bawa cucu ke?'. Sebenarnya, anak lah sebab beza umur kami jauh. Jadi setiap kali saya balik dari sekolah, arwah akan menyorok. Bila buka sahaja pintu, saya akan terus mencarinya. Ia sudah menjadi rutin setiap kali saya balik ke rumah.
Tapi pada hari itu, buka pintu tengok abah tak ada. Rupanya, dia dah masuk hospital. Selama seminggu abah di hospital, saya tidak dibenarkan melawat sebab masih kecil dan keesokan harinya, saya dimaklumkan abah dah meninggal dunia. Saya masuk bilik dan terfikir betulkah apa yang berlaku ini. Saya anggap ia mungkin hanya sekadar mimpi.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan menunggu saudara-mara lain datang, saya seronok melayan dan bermain dengan sepupu-sepupu ketika itu. Namun, apabila arwah abah dikebumikan baru saya tersedar, ini realiti.
Kehilangan insan tersayang adalah paling menyakitkan terutamanya ibu bapa kita. Kalau korang masih mempunyai ibu bapa yang masih hidup, hargailah dan jagalah mereka sehingga ke akhir hayat.
OHMEDIA: RINDU DEKAT IBU BAPA OHMEDIA.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca sayang ibu bapa di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media