"Saya Sudah Berpunya" - Zara Zya


Pelakon jelita Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya kini berusia 35 tahun itu mengakui sedang bahagia bercinta dengan teman lelaki yang baru dikenalinya sejak bulan Januari lalu. Alhamdulillah, Ohmedia rasa seronok tengok Zara bahagia sekarang.

Menurut Zara, teman lelakinya itu adalah seorang yang amat memahami dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya dalam apa jua yang dia lakukan. Jadi, dia lebih memilih untuk bersikap low profile dan tidak mahu bercerita mengenai kisah peribadinya kepada umum.

Apa yang boleh dikatakan sekarang, dia seorang yang amat memahami saya dan sering memberikan sokongan terhadap apa juga yang saya lakukan. Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsi kerana biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu cerita berkenaan kahwin dan perancangan lain kerana saya nak fokus pada perniagaan restoran ZaraZyaCooks terlebih dahulu. Yang penting cukuplah jika orang tahu bahawa saya sudah berpunya dan saya tak menafikan perkara ini daripada semua.

Sebelum ini, Zara pernah membuat pengakuan secara terbuka melalui akaun Instagramnya bahawa dia sudah bertemu dengan seseorang istimewa yang sentiasa menjadi pendorong utama yang memberi galakan dan inspirasi.

Dia memang banyak membantu dan berkongsi idea berbekalkan pengalaman dimilikinya yang turut aktif dalam badan amal. Setakat ini bayangan nak kahwin belum ada. Jika sekiranya ada, kami akan terus buat tanpa berniat sembunyikannya.

Wah, Ohmedia tak sabar nak tengok Zara naik pelamin. Apapun, Ohmedia doakan agar Zara Zya dan pasangan berkekalan hingga ke Jannah. Semoga terus maju jaya dalam industri seni dan dunia perniagaan.

OHMEDIA: AGAK-AGAK SIAPALAH JEJAKA BERTUAH TU KAN?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media