Sepertimana yang kita tahu, pelakon Sharifah Sakinah mengakui bahawa status hubungan dengan suaminya, Aliff Adha telah berakhir pada bulan Mei lalu. Ohmedia agak terkejut bila dengar diorang ni dah bercerai tau!?
Walaubagaimanapun, kakak kepada pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka iaitu Sharifah Shahirah berkata dia tidak tahu apa punca mereka berpisah dan kedua belah keluarga sudahpun berbincang selepas Sakinah dan suaminya membuat keputusan.
Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa. Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu. Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa.
Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh. Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa. Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay. Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka.
Kalau korang nak tahu, Sharifah Sakinah dan suaminya berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anais yang kini berusia tiga tahun.
OHMEDIA: KITA DOA YANG BAIK-BAIK JELAH GAIS. DAH TAK ADA JODOH.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media