Safiey Ilias Tidak Mahu PU, Lebih Selesa & Suka Dengan Cara Ustaz Ebit Lew


Menurut laporan Astro Gempak, usahawan kosmetik Mohd Saifuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias mengatakan bahawa dia lebih memilih Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya.

Penyanyi lagu Syinta Gila ini mengakui dia suka dengan cara Ustaz Ebit Lew kerana tidak pernah sentuh mengenai isu ini dan sebelum berkongsi di media sosial, pendakwah bebas itu akan meminta kebenaran terlebih dahulu.

Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Bukan saya berlagak tapi tak perlu saya libatkan ramai orang dengan masalah saya. Saya ada juga beberapa orang kenalan dari pejabat agama dan juga ustaz-ustaz yang lain. Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja.

Sebenarnya lebih okey kalau dia menghubungi saya secara peribadi. Apa pulak orang yang beragama lain tengok dan cakap bila dia buat surat terbuka? Boleh mesej saya di Instagram (IG), dekat situ ada nombor untuk dihubungi. Takkan dia hanya tahu kemaskini status saja? Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima. Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni. Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu. Sebelum nak kongsi di media sosial, dia akan minta kebenaran dulu.

Terpulang pada awaklah, Safiey. Apa yang Ohmedia tahu, cara penyampaian dakwah oleh Ustaz Ebit Lew adalah sangat terbaik.

OHMEDIA: RAMAI SAYANG USTAZ EBIT LEW KAN?

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media