Rokok ini berbahaya! Boleh sebabkan penyakit kanser! Nanti kena serangan jantung. Kenapa tak berhenti merokok lagi bro?! Mesti korang dah bosan dengan tekanan macam ni.
Kawan Ohmedia sendiri pun selalu gagal untuk berhenti. Lagi-lagi bila mereka cuba berhenti merokok secara mengejut dan cara ini sangat bahaya.
Keazaman dan kecekalan hati sahaja tak cukup. Ini kerana dalam sebatang rokok ada tembakau dan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Jadi, jom kita lihat produk alternatif yang mampu bantu perokok tegar hilangkan ketagihan sekaligus berhenti merokok.
Nicotine Gum
Rasanya ramai yang pernah cuba gula-gula getah nikotin yang sangat mudah didapatkan di Farmasi ni. Nicotine gum ni macam alat pengganti nikotin dalam badan perokok dan akan menghilangkan ketagihan dengan pantas yang hanya menyerap melalui lapisan lidah sahaja. Jadi bila nikotin dalam badan dah cukup, rasa untuk mendapatkan rokok juga akan hilang.
Nicotine Patch
Alat ini lebih mudah digunakan kerana kita hanya perlu melekatkan 1 kepingan kecil Nicotine patch di mana-mana bahagian badan dan ia akan membekalkan nikotin yang diperlukan badan. Macam korang lekatkan koyok lah, cuma ia ada kandungan nikotin yang akan menyerap terus ke dalam badan. Tapi ada kesan sampingan sikit seperti sakit kepada dan perut korang akan rasa kurang selesa.
Vape atau Pod
Sebenarnya, selain masalah ketagihan nikotin, perokok tegar susah nak hentikan tabiat merokok mereka. Jadi, Vape atau Pod selalu dikatakan sebagai alat alternatif pilihan bagi menggantikan rokok.
Tapi apa cara sebenar gunakan vape atau pod untuk berhenti merokok?
Pertama sekali, kita perlu mencari vape atau pod yang mempunyai visi yang jelas untuk membantu perokok tegar.Terlalu banyak produk di pasaran yang telah dikeluarkan dan kita perlu pastikan ia betul-betul selamat. Sebagai contoh, kita boleh dapatkan pod yang mempunyai amaran kesihatan atau Health Alert System yang akan ingatkan pengguna jika telah mengambil lebih 12 pam dalam masa 5 minit.
Tak sangka bermula dengan nikotin tinggi, sekarang dah boleh guna cecair bebas nikotin!
Untuk pengguna baru, kita perlu gunakan cecair vape yang mengandungi jumlah nikotin yang sama dengan kebiasaan kita pada rokok. Selepas badan sudah biasa dengan rutin setiap hari, barulah kita kurangkan sedikit demi sedikit kandungan nikotin di dalam cecair yang akhirnya korang akan sampai tahap penggunaan vape atau pod yang bebas nikotin.Mana nak cari vape atau pod yang ada semua ciri ni?!
Kardinal Stick antara produk yang sangat mudah digunakan dan ada semua ciri yang kita perlukan, termasuklah Health Alert System tu. Ia juga dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari yang lebih tahan lama berbanding jenama lain. Guna kabel Type-C pula tu, so bila cas hanya ambil masa 40 hingga 60 minit untuk penuh.
Ohmedia pun tak sabar nak bagi member cuba Kardinal Stick ni dan jom ajak semua bersama #KwitSmoking.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk alternatif terbaik boleh terus ke www.kardinalstick.com.
Sumber: Oh! Media