Nampaknya SOP terbaru telahpun diputuskan pihak kerajaan apabila mengumumkan bermula 1 Ogos 2020 ini semua rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan jika berada di tempat yang sesak.
Ia disahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri di mana akan bermula di tempat pengangkutan awam seperti bas, LRT, pasar dan pasar tani.
Selama ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaannya (pelitup muka) kerana akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah. Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan. Sebab itu kerajaan benarkan untuk menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang WHO keluarkan. - Katanya.
Jadi untuk ibu bapa yang dah belikan anak-anak pelitup muka berjahit tu, bolehlah gunakan dan mungkin kita boleh pastikan agar penapis (filter) ditukar setiap hari.
Apa yang akan berlaku jika peraturan baharu ini dilanggar nanti? Denda sama sahaja seperti kesalahan sebelum ini iaitu sebanyak RM1,000.
Pihak kerajaan juga bersetuju untuk memberikan pemantauan yang lebih untuk tempat yang paling menjadi tumpuan orang ramai seperti restoran dan kedai makan.
Isu kedai makan ni, kita sendiri juga boleh lihat dengan mata kita apa yang berlaku di tempat kita sekarang. Orang ramai seumpama sudah tidak mengutamakan penjarakan sosial dan dilihat seperti biasa tanpa virus bahaya. Ada yang sanggup bersesak dan berhimpit-himpit semata-mata untuk mendapatkan makanan atau lepak bersama kawan.
OHMEDIA: MARILAH KITA KEMBALI SEDAR DENGAN TANGGUNGJAWAB ASAL KITA UNTUK NORMA BAHARU INI. BERSAMA KITA TERUSKAN #KitaJagaKita
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca yang mahu semua Kita Jaga Kita di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media