Ariffin Deraman (tiga dari kiri) meninjau operasi PINTAR yang bermula hari ini. |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pusat sehenti komuniti itu dibuka kembali setelah ditutup sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.
"Kesemua PINTAR akan beroperasi kembali mulai hari ini setelah kita menutup PINTAR bagi mengekang penularan COVID-19. Pengoperasian PINTAR ini akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Ariffin Deraman. |
Sehingga kini, tambahnya, proses sanitasi telah dijalankan di kesemua PINTAR bagi menjaga keselamatan dan kebersihan pengunjung.
Pada masa sama, Ariffin turut mengingatkan, rakyat yang ingin berurusan dengan PINTAR haruslah menjaga jarak dan memastikan kesihatan diri berada dalam tahap yang baik.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM), Zuwislan Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Top IT Industries Sdn Bhd, Azwa Othman.
Menurutnya, pengunjung yang datang ke PINTAR juga harus menggunakan aplikasi Masuk.la yang dilancarkan pada 18 Jun lalu bagi memudahkan pihak pengurusan merekod kehadiran pengunjung.
Untuk rekod, PINTAR menawarkan kemudahan akses internet yang meluas bagi rakyat negeri Terengganu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan.
Sumber: teganukita.net