Satu keputusan yang bijak dan terbaik telah diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia apabila membatalkan permit kerja seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rayhan Kabir selepas mengeluarkan kenyataan yang berniat memburukkan nama Malaysia.
Rayhan sebelum ini telah ditemu bual bersama agensi berita antarabangsa Al Jazeera untuk mendapatkan berita tentang situasi Malaysia menanganis masalah Covid-19 terutama kepada warga asing dan dalam video itu Rayhan telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan berniat memburukkan imej Malaysia.
Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya. - Tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Dokumentari Al Jazeera ini turut mendapat tentangan dari rakyat Malaysia sendiri yang dilihat menafikan usaha yang dilakukan oleh pasukan hadaan negara dan menjadi keutamaan sesebuah negara untuk mengutamakan rakyatnya sendiri.
Bagaimanapun, tuduhan mengatakan Malaysia rasis dan memberi layanan buruk kepada warga asing juga tidak benar. Cuma warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah sahaja yang akan diambil tindakan dan diberi layanan yang sepatutnya.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca yang merasakan ini langkah yang terbaik di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media