Wah, lain macam roti canai kali ni! Kot-kot lah korang nak rasa roti canai lain daripada yang lain bolehlah datang serbu ke kedai pakcik Che Harun Ali yang terletak di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.
Apa yang lebih menarik, roti canai yang dijual oleh penebar ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana ia mempunyai pelbagai perisa dan jenis saiz dengan harga serendah RM1.20 hingga RM3.00 jer.
Menurut pakcik Che Harun Ali, sejak roti canai bentuk ular ni menjadi tular di media sosial, dia rasa bersyukur diatas rezeki yang melimpah ruah buat dirinya dan keluarga.
Alhamdulillah rezeki buat saya dan keluarga. Sebenarnya idea buat roti canai bentuk ular ini datang kerana haiwan itu juga. Saya sedang leka menebar roti canai dan ia muncul menyebabkan saya terkejut! Dari situlah timbul idea. Lepas tu saya buat untuk makan sendiri, ada pelanggan nampak dan dia minta saya buatkan.
Menarik betul roti dia! Korang ada berani nak makan roti canai bentuk ular yang dibuat oleh pakcik ni? Bagi yang rasa geli tu, tak perlu risau okay sebab dia masih menyediakan roti canai berbentuk empat segi dan bulat.
OHMEDIA: STYLE BETUL ROTI CANAI BENTUK ULAR TU!
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media