Menteri Kanan Cabar Al-Jazeera Tunjuk Negara Mana Beri Kebebasan Kepada Warga Asing


Memandangkan Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun dah keluarkan kenyataan mengenai isu ini, jadi marilah kita bersama mempertahankan fakta yang sebenar.

Sekarang sedang kecoh di media sosial yang membuatkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia apabila satu video telah dinaikkan oleh Al Jazeera yang mencuba memburukkan imej kerajaan Malaysia dalam menangani Covid-19, terutamanya layanan kita terhadap warga asing.

Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob mengecam berita yang telah disampaikan yang dilihat tidak benar dan berat sebelah.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar pihak media Al Jazeera untuk menunjukkan mana-mana negara di dunia yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing.

Saya lihat tuduhan terhadap Malaysia ini tidak wajar seolah-olah berniat tidak kepada negara kita. Mengelirukan tanpa fakta yang jelas. Menuduh secara membuta tuli.

Tuduhan mengatakan kita mengurung secara tidak adil kepada PARTI tersebut adalah tidak benar. Bukan untuk warga asing sahaja, tapi rakyat Malaysia di kawasan PKPD juga kita membuat kawalan bagi memastikan mereka tidak keluar untuk keselamatan mereka.

Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada.
- Tegasnya.


Tuduhan lain seperti mengatakan kita bersifat perkauman dan rasis juga adalah tidak benar kerana pihak kerajaan juga mengenakan PKPD kepada rakyat Malaysia yang berada di kawasan tersebut.

Soal warga asing yang ditangkap pula adalah kerana pihak Imigresen menangkap dan menahan mereka atas sebab tidak memiliki lesen sah masuk ke Malaysia dan tindakan ini perlu diambil.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkara ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media