SOALAN
Pasti ada antara kita yang mengalami sejenis penyakit iaitu "Melatah". Jadi, apakah hukumnya jika kita melatah ketika sedang solat?
JAWAPAN
Seorang yang sedang solat jika dia sengaja berkata-kata walaupun dengan sepatah perkataan nescaya batal solatnya.
Akan tetapi jika terkeluar dari mulutnya perkataan yang sedikit tanpa dia sengaja seperti terlatah atau terkejut misalnya maka dimaafkan yakni tidak batal solatnya.
Ada pun jika panjang perkataan yang tidak disengajakan atau sebab terkejut itu nescaya batal solatnya.
Berkata Imam Taqiyuddin :
إِذا تكلم الْمُصَلِّي عَامِدًا بِمَا يصلح لخطاب الْآدَمِيّين بطلت صلَاته سَوَاء كَانَ يتَعَلَّق بمصلحة الصَّلَاة أَو غَيرهَا وَلَو كلمة لما رُوِيَ عَن زيد بن أَرقم رَضِي الله عَنهُ قَالَ كُنَّا نتكلم فِي الصَّلَاة حَتَّى نزل قَوْله تَعَالَى {وَقومُوا لله قَانِتِينَ} فَأمرنَا بِالسُّكُوتِ ونهينا عَن الْكَلَام وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام لمعاوية بن الحكم السّلمِيّ وَقد شمت عاطساً فِي الصَّلَاة
(إِن هَذِه الصَّلَاة لَا يصلح فِيهَا شَيْء من كَلَام النَّاس إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِير وَقِرَاءَة الْقُرْآن) وَقَوله عمدا احْتَرز بِهِ عَن النسْيَان وَفِي مَعْنَاهُ الْجَاهِل بِالتَّحْرِيمِ لقرب عَهده بِالْإِسْلَامِ وَفِي مَعْنَاهُ من بدره الْكَلَام بِلَا قصد وَلم يطلّ وَكَذَا غَلبه الضحك لقَوْله عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام (رفع عَن أمتِي الْخَطَأ وَالنِّسْيَان وَمَا اسْتكْرهُوا عَلَيْهِ
Artinya : “Apabila orang yang sedang solat berkata-kata dengan sengaja dengan perkataan yang termasuk bercakap dengan manusia nescaya batal solatnya samada perkataan itu berkait dengan solat atau lainnya walau pun dengan satu perkataan kerana hadith yang telah diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a. katanya : Adalah kami dulu bercakap dalam solat sehingga turun firman Allah yaitu ayat “Hendaklah kamu tunaikan solat dalam keadaan khusyuk” maka kami telah diperintahkan supaya diam dan dilarang akan kami dari berkata-kata.
Dan Nabi saw telah bersabda kepada Muawiyah bin Al-Hakam As-Sulami yang sungguhnya beliau telah telah mendoakan orang bersin di dalam solat dengan sabdanya “Sungguhnya solat ini tidaklah elok di dalamnya suatu pun dari percakapan manusia. Hanya sungguhnya solat ini hanyalah tasbih dan takbir dan membaca Quran.
Dan kata pengarang berkata dengan sengaja itu mengeluarkan dari berkata dengan sebab lupa.
Dan semakna dengannya itu ialah jahil dengan haramnya bercakap dalam solat sebab baru lagi memeluk Islam.
Dan semakna dengannya juga ialah tersalah cakap pada hal tidak sengaja dan tidak panjang. Dan begitu juga tidaklah batal sebab tergelak kerana sabda Nabi saw “Diangkat dari umatku yang tersalah dan terlupa dan terpaksa.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Berbalik kepada soalan maka terlatah dalam solat jika sedikit perkataannya maka dimaafkan kerana bukan disengajakan dan jika banyak perkataannya nescaya batal solatnya sekali pun tidak sengaja.
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca melatah boleh membatalkan solat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media