Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi respon mengenai isu pihak media antarabangsa Al Jazeera yang mengeluarkan dokumentari yang dilihat jahat dan berat sebelah dengan mengatakan Malaysia rasis dan memberi layanan buruk kepada warga asing semasa menguruskan Covid-19.
Laporan berkenaan bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat antarabangsa, bahkan turut mencemarkan imej Malaysia yang sedang berusaha sedaya upaya memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19.
Pengamal media perlu menjaga etika kerja dan membuat laporan tepat dengan fakta yang sahih supaya berita yang disiarkan diterima dengan tenang dan bukan persepsi tidak baik. - Jelas Dr. Zulkifli.
Ketua polis negara sebelum ini juga telah memaklumkan pihak mereka membuka kertas siasatan dan akan memanggil beberapa individu dari Al Jazeera termasuklah wartawan yang melakukan tugasan ini.
Ini termasuklah wanted dikeluarkan pihak Imigresen yang sedang memburu warga asing Bangladesh setelah mengeluarkan kenyataan mengelirukan di dalam video terbabit yang bernama Md Rayhan Kabir.
Video dokumentari Locked Up in Malaysia's Lockdown ini berdurasi 26 minit, dikeluarkan pada 3 Julai lalu dan mendapat pelbagai reaksi sehingga pihak mereka terpaksa menutup ruangan komen di YouTube.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media