Makcik Gelang Pink Buatkan 100 Peniaga Sekitar Bandar Meru Raya Terjejas!


Tular sebelum ini sekeping gambar seorang makcik sedang menikmati minuman disebuah kedai makan sambil memakai gelang pengesanan kuarantin. Tindakan makcik berkenaan mengundang reaksi netizen di media sosial kerana mampu mengundang pertambahan kes baru jangkitan COVID-19.

Bukan tu saja, penularan gambar makcik berkenaan membuatkan kira-kira 100 peniagadi sekitar Bandar Meru Raya terjejas apabila jumlah pelanggan yang datang ke kedai makan mereka semakin berkurang. Paling terkesan adalah kedai makan yang ditularkan, kata Nizam Baharudin, Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya.

Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya netizen yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin,

Sumber gambar dari Sinar Harian
Mengulas lebih lanjut, pemilik kedai makan tidak harus dipersalahkan tetapi individu tertentu yang tidak bertanggungjawab melanggar peraturan yang ditetapkan. Setakat ini persatuan berkenaan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang keatas makcik berkenaan. Berdasarkan info yang kami dapat, makcik berkenaan sudah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ipoh.

OHMEDIA: PERINGATAN BAGI YANG LAIN, INI KESANNYA BILA BUAT SESUATU TANPA MEMIKIRKAN ORANG LAIN. TAK PASAL-PASAL MEREKA YANG TAK TERLIBAT TURUT MERASA TEMPIAS. BUKAN SUSAH PUN, DUDUK RUMAH JE!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca makcik gelang pink buatkan 100 peniaga terjejas di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media