Seperti semua tahu, minggu ini adalah minnggu dimana semua ahli parlimen bersidang di Dewan Rakyat. Sebelum ini panas beberapa isu pertikaman lidah antara ahli parlimen dalam mempertahankan hujah masing-masing. Disebalik itu semua, YB Syed Saddiq telah menarik perhatian netizen setelah beberapa keping gambar beliau makan di dalam Dewan Rakyat.
YB @SyedSaddiq lapar atau lapar perhatian? Boleh pula sesuka hati bawa bekal. Dewan Rakyat tiada peraturankah? pic.twitter.com/CIic10xEvg— Don Juan de Ryezal (@donjuanderyezal) July 16, 2020
Gambar yang tersebar luas berkenaan mengundang reaksi netizen terutamanya warga media sosial. Ada yang menganggap bahawa tindakan beliau dilihat lapar perhatian sambil mempersoal peraturan Dewan Rakyat yang membenarkan ahli Parlimen untuk makan di dalam dewan berkenaan.
Bro YG NIE aku x boleh kata salah atau x.bersangka baik sbb dlm 2@3 hari NIE Muar banjir,habis parliment terus ke muar hari2 .yg NIE kerja yg baik.mkn x menentu.— ajaxBro-xii (@AjaxbroBro) July 16, 2020
Kita bg lepas part khilaf ini.krn beliau @SyedSaddiq sedang bekerja sbg YB dlm parlimen beliau,.
Yg baik aku sokong
Namun begitu, ada juga yang bersangka baik dan mempertahankan tindakan Syed Saddiq berkenaan kerana memahami situasi getir yang dialami oleh ahli parlimen Muar berkenaan kerana sibuk menguruskan masalah banjir yang melanda kawasannya.
OHMEDIA: SIBUK SUNGGUH AGAKNYA SAMPAI TERPAKSA MAKAN BEKAL DALAM DEWAN, TAPI ADA KE PERATURAN MELARANG MAKAN DIDALAM DEWAN RAKYAT, TANYA JERRR...
Kredit:Twitter @donjuandereyzal
+ Baca respon pembaca tindakan Syed Saddiq undang reaksi netizen di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media