Lenovo Bakal Lancarkan Legion Gaming Phone Menggunakan Cipset Terbaru Snapdragon 865 Plus


Mesti ramai antara korang yang dah lama tak dengar pasal smartphone dari Lenovo kan? Kalau korang nak tahu, Lenovo baru jer memperkenalkan smartphone gaming terbaru mereka iaitu Lenovo Legion Gaming Phone yang akan dilancarkan pada 22 Julai nanti. SMenurut Weibo, smartphone gaming dari Lenovo ni menggunakan cipset yang paling baru dan tercanggih dari Qualcomm guys.

BACA : Qualcomm Perkenalkan Snapdragon 865 Plus Yang Mencapai Kelajuan 3.1Ghz


Lenovo Legion Gaming Phone ni akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865 Plus yang memang memfokuskan aspek gaming gais. Bukan tu jer, smartphone ni juga dikatakan akan menawarkan skrin dengan 144Hz refresh rate. Pergh! Memang terbaik lah kan dan memang itu lah yang kaki gamers nakkan pada smartphone mereka.

Kalau korang nak tahu, smartphone gaming dari Asus juga dikatakan mengguna cipset Snapdragin 865 Pluas ni juga. Jadi, korang mungkin akan ada dua pilihan smartphone gaming dengan cipset terbaru dari Qualcomm ni mengikut citarasa masing-masing.

Kredit: Weibo

+ Baca respon smartphone gaming terbaru Lenovo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media