Ketua PBB Tegaskan Israel Rampas Tanah Palestin Tidak Sah! Minta Hentikan Usaha


Baru-baru ini penduduk Palestin sekali lagi menyertai tunjuk perasaan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza bagi membantah keputusan rampasan dan pencerobohan tanah oleh Israel.

Terbaru, tindakan Israel ini turut mendapat perhatian Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Michelle Bachelet yang melihat ia menyalahi undang-undang dan boleh mencetuskan konflik baharu.

Tidak cukup dengan itu, Michelle turut keluarkan amaran secara terus kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan rampasan tanah di Tebing Barat dan Lembah Jordan dengan segera.

Rampasan tanah ini, baik 30 peratus daripada Tebing Barat ataupun lima peratus, adalah tidak sah, muktamad. - Tegasnya.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini bekas pegawai kanan dan jeneral Israel turut telah memberi amaran itu kepada Israel untuk menghentikan rancangan mereka. Tekanan ini tidak termasuk dari seluruh dunia yang melihat apa yang dilakukan Israel ini sangat kejam dan hanya akan memburukkan keadaan yang tersedia kacau ini.

Israel semakin berani melakukan semua agenda mereka selepas mendapat sokongan secara terus dari Presiden Amerika, Donald Trump yang berselindung disebalik pelan damai Asia Barat yang ternyata berat sebelah.

OHMEDIA: DIHARAPKAN DUNIA TERUS MEMBUKA MATA TERHADAP ISU PENINDASAN PENUNDUK PALESTIN.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Palestin di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media