Inilah jadinya bila pemimpin pun tak kisah dan bersungguh untuk jaga kesihatan rakyatnya sendiri. Ohmedia kata macam ni tentang sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilihat seakan gagal mengawal penyebaran Covid-19.
AS adalah negara dengan jangkitan tertinggi di dunia dan ada beberapa faktor telah menyumbang kepada penyebaran ini. Faktor yang paling ketara adalah apa yang terjadi di Bandar Tulsa apabila Trump melakukan kempen pilihan raya pertamanya di sana.
Apa yang menjadi masalah adalah, kempen itu diadakan pada 20 Jun lalu iaitu di saat dunia sedang pada tahap kritikal wabak Covid-19. Apa yang lebih menakutkan adalah apabila orang ramai yang datang melihat kempen Trump itu kebanyakannya tidak memakai penutup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Kesannya, sekarang kes di bandar kedua terbesar AS itu mengalami kenaikan yang ketara dengan hampir 500 kes daam dua hari. Trend peningkatan ini juga dikatakan semakin membimbangkan menurut pengarah eksekutif Jabatan Kesihatan Tulsa Dr Bruce Dart.
Kempen Presiden berlaku 18 hari yang lalu, semua yang hadir telah diperiksa suhu badan mereka dan diberi pelitup muka dan pensanitasi tangan turut disediakan. Kira-kira 6,200 orang menghadiri kempen itu. - Kata pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh.
+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Covid-19 dunia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media