Kerjasama ASEAN-Jepun Mampu Bangkitkan Ekonomi Pasca Covid-19 - Azmin Ali



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali mengetuai delegasi Malaysia untuk Persidangan Video Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hiroshi Kajiyama dan negara ASEAN.

Antara lain, Azmin berkongsi kandungan persidangan membabitkan keupayaan e-dagang serta usaha kerajaan untuk menerajui transformasi digital di rantau ini.



Turut diberi diutarakan Azmin adalah usaha negara dalam memerangi kesan sosio-ekonomi penularan COVID-19 diantaranya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah membantu puluhan juta rakyat Malaysia yang terkesan.

Ujarnya lagi, penggunaan aplikasi digital dalam dunia perniagaan dan e-dagang yang semakin meluas akan turut membantu menyegerakan pemulihan ekonomi.

Jelas Azmin, dia optimis pelan yang dirancang kementeriannya serta kerjasama erat menerusi ASEAN dengan Jepun akan menggiatkan kembali ekonomi pasca wabak global Covid-19.

Kredit: Malay Mail


Sumber: Oh! Media