Pasti ramai yang terkejut, terutamanya mereka yang mengiktuti YouTuber Sugu Pavithra apabila melihat semua 98 video masakan di akaun terbabit telahpun dipadam.
Persoalan juga timbul, adakah videonya dipadam ataupun hanya ditukar kepada private kerana agak sayang jika akaun yang telah mendapat lebih 700 ribu pengikut dipadam begitu sahaja.
Jadi ini jawapan dari mereka S Pavithra dan M Sugu yang menyatakan tidak lagi mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan YouTube.
Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja. Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga. - Katanya.
Keputusan ini nampaknya diambil mereka selepas melalui hari-hari yang sukar apabila berlaku perselisihan faham dalam keluarga mereka sehingga M Sugu ditahan. Bagaimanapun, semuanya sudah selesai apabila S Pavithra menarik semula laporan polis.
OHMEDIA: INILAH BUKTI BAHAWA KELUARGA INI TIDAK MENGEJAR POPULARITI DAN MUNGKIN INI CARA TERBAIK UNTUK KELUARGA MEREKA KEMBALI BAHAGIA SEPERTI BIASA.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan mereka di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media