Keluarga Arwah Adib Akan Hantar Saman Ganti Rugi Kepada PDRM


Ohmedia yakin masih segar di ingatan rakyat Malaysia tentang kejadian menimpa kepada anggota bomba Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Perkembangan terbaru mengenai kes ini adalah, keluarga arwah dikatakan akan mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anak mereka.

Saman ini dilihat perlu kerana sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang berita yang mampu melegakan hati mereka sekeluarga dan pihak PDRM juga dikatakan akan menunggu saman daripada keluarga Adib.

Apalah yang nak (ingin) saya cakapkan. Cuma, saya tunggu sajalah saman tersebut untuk dikaji tindakan selanjutnya. - Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Selain itu, Abdul Hamid juga mengesahkan yang mereka masih tidak ada saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan yang melihat sendiri Adib benar-benar dipukul. Oleh itu, agak sukar untuk diputuskan kerana kebanyakan saksi hanya mendakwa mereka mendengar dan juga memberi pendapat.

OHMEDIA: SEMOGA AKAN ADA SAKSI YANG TAMPIL SEKIRANYA BENAR-BENAR MELIHAT DENGAN MATA SENDIRI KEJADIAN YANG BERLAKU PADA MALAM 27 NOVEMBER 2019.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes Adib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media