Kek Ruhainies Jadi Bahan Jenaka Netizen


Walaupun lagi dua hari pelakon Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies akan menyambut ulang tahunnya yang ke-28 tahun, nampaknya netizen dah buat kerja dulu gais!

Baru-baru ini, Ohmedia ada buat tinjauan di laman Twitter menunjukkan satu video kek Ruhainies yang berdurasi 4 saat menjadi perhatian warganet ketika majlis kejutan hari jadinya pada hari jumaat lalu.


Nak tahu kenapa? Kek yang mempunyai kepala wanita bersolek dan berambut panjang itu dipercayai seperti wajah pelakon tersebut menjadi bahan ketawa orang ramai kerana usaha itu seolah-olahnya gagal.

Tak tahu lah nak gelak ke nak sedih tengok cake hari jadi Ruhainies.

Ish, tak baik gelakkan orang tau!? Untuk pengetahuan, Ruhainies akan menyambut hari jadinya pada 27 Julai ini yang ke-28 tahun. Apapun, Ohmedia ingin mengucapkan selamat hari jadi in advance. Semoga terus maju jaya dalam industri seni.

OHMEDIA: YANG PENTING RUHAINIES HARGAI KEK TU.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media