Joe Jonas & Isteri Sambut Cahaya Mata Pertama


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasangan selebriti Joe Jonas dan isterinya, Sophie Turner yang kini sudah bergelar ibu bapa. Berita gembira itu telah dikongsikan menerusi sumber media antarabangsa semalam.

Apa yang lebih menarik, pasangan ini dikatakan tidak banyak berkongsi mengenai kehamilan cahaya mata pertama mereka tetapi Sophie dilihat beberapa kali keadaan yang perutnya membesar sehingga mula menjadi sorotan peminat dan media.

Sophie Turner dan Joe Jonas kini sudah bersedia untuk berkongsi mengenai kehadiran cahaya mata pertama mereka. -kata sumber

Namun, mereka masih belum berkongsi gambar anaknya di media sosial. Untuk pengetahuan, Joe Jonas dan Sophie Turner mendirikan rumah tangga pada awal bulan Mei tahun lalu secara rahsia di Las Vegas.

OHMEDIA: CONGRATULATIONS!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media