Jasmin Hamid Terima Ugutan Bunuh


Baru-baru ini, pelakon Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid berusia 48 tahun memuatnaik satu paparan perbualan seorang individu yang memberi mesej berbaur ugutan bunuh di Instagram.

Elok lepas kau makan terus mati Yati. Arghhh tak kesian pun. -kata individu tersebut

Aduh, macam-macam hal! Ohmedia ingatkan apalah tadi, rupa-rupanya individu tersebut terlalu mengikut emosi dengan watak Jasmin sebagai Hayati dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Subhanallah. Kalau marahkan Hayati sekalipun, kononnya lakonan saya menjadi, tak perlulah kecam bunuh pada gambar yang tak berkenaan dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2. Ini sudah salah. Boleh di ambil tindakan undang-undang sebagai ugutan! Tak perlulah emo sangat sampai terlupa jaga lisan dan akhlak.

Itukan semua lakonan. Nanti kalau pelakon tak hayati watak, panggil pelakon kayu pula. Jadilah penonton yang bijak. Yang pandai bezakan lakonan dan reality. Bila dah berhijab tu, pastinya akhlak dan lisan juga akan baik. So janganlah rosakkan imej mereka yang berhijab. Please!

Yang hebatnya, pemilik akaun tersebut bukan followers saya pun. Followers saya juga hebat. Berakhlak dan positive. Masyarakat patut ambil pengajaran dengan watak Hayati ni. Pastinya ramai yang berhati hitam macam Hayati.

Syukur alhamdulillah. Kan free-free je saya dapat pahala. Actually saya berlakon tak bagus manapun, bantuan orang keliling yang buatkan watak saya nampak macam bagus. So uols hati-hati bila nak kecam ya. Kecam watak, bukan pelakonnya. Tak pasal je uols dapat dosa sedangkan pelakonnya dapat gaji.

Takut kalau salah komen, sampai keluar statement bunuh dan berbaur ancaman pada picture yang tak ada kaitan dengan drama, boleh dibawa ke pihak berkuasa kerana ia boleh dikira ugutan! So hati-hati.



SUBHANALLAH.. Kalau marahkan HAYATI sekalipun, kononnya lakonan saya menjadi, tak perlulah KECAM BUNUH kat pic yang TAK BERKENAAN dengan drama #7HariMencintaiku2 .. POSTING BUSINESS ORANG TU.. Ini sudah salahhhhh.. Boleh di ambil tindakan undang-undang sebagai UGUTAN!! Tak perlulah EMO sangat, sampai terlupa jaga LISAN dan AKHLAK.. Itukan semua LAKONAN.. Nanti kalau pelakon tak hayati watak, panggil PELAKON KAYU pulak.. . . Jadilah penonton yang BIJAK.. Yang pandai bezakan LAKONAN dan REALITY.. Bila dah berhijab tu, pastinya AKHLAK dan LISAN juga akan baik.. So janganlah rosakkan imej mereka yang berhijab ...please! 🙏🙏🙏 . . Yang hebatnya, pemilik acc tersebut bukan followers saya pun.. 😆 Followers saya juga yang HEBAT.. BERAKHLAK dan POSITIVE 👏 Masyarakat patut ambil pengajaran dengan watak HAYATI ni.. Pastinya ramai yang berhati hitam macam HAYATI.. . . Syukur alhamdulillah.. Kan dah free-free je saya dapat PAHALA 😆😆😆 Actually saya berlakon tak bagus manapun, bantuan orang keliling yang buatkan watak saya nampak macam bagus ... Ni baru Ep 10..belum lagi sampai EP 33.. . . So uols Hati-hati bila nak KECAM ya.. Kecam WATAK, bukan PELAKONNYA.. Tak pasal je uols dapat DOSA sedangkan pelakonnya dapat gaji.. Takut kalau salah komen, sampai keluar statement BUNUH dan berbaur ANCAMAN pada pic yang tak ada kaitan dengan drama, boleh di bawa ke PIHAK BERKUASA kerana ia boleh di kira UGUTAN!! SO HATI -HATI.. 🙏🙏🙏🙏 . . Hebat Bukan?
A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Ingat tu gais. Emosi tu kena kawal sikit, jangan terbawa ke dunia realiti. Nanti tak pasal-pasal dikenakan tindakan undang-undang pula sebab korang geram sangat dengan watak dalam drama tu. Apapun, Ohmedia doakan agar Jasmin Hamid terus maju jaya dalam industri hiburan.

OHMEDIA: NAMPAKNYA LAKONAN JASMIN MEMANG MENJADI!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media