Hukum Tidur Sebelum Menunaikan Solat Isyak



SOALAN

Ohmedia yakin ada di antara kita kadangkala tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN

Memang benar hukum tidur sebelum menunaikan solat isyak adalah makruh.

Adalah Rasulullah saw tidak suka tidur sebelum menunaikan solat isyak.

Ini adalah kerana dibimbangi terlajak tidur sampai waktu subuh maka luputlah solat isyak dan solat tahajjud.

Akan tetapi jika dia terlalu mengantuk lalu dia tidur dulu sekejap supaya hilang mengantuknya itu maka hukumnya adalah harus tidak lagi makruh kerana solat dalam keadaan mengantuk itu tidak disukai syarak.

Berkata Imam Taqiyuddin :

يكره النّوم قبل صَلَاة الْعشَاء والْحَدِيث بعْدهَا إِلَّا فِي خير كمذاكرة الْعلم وترتيب أُمُور يعود نَفعهَا على الدّين والخلق لقَوْل أبي بَرزَة الْأَسْلَمِيّ رَضِي الله عَنهُ أَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم
(كَانَ يكره النّوم قبل صَلَاة الْعشَاء والْحَدِيث بعْدهَا) وَلَا فرق بَين الحَدِيث الْمَكْرُوه والمباح وَالْمعْنَى فِي كَرَاهَة النّوم قبلهَا مَخَافَة استمراره إِلَى خُرُوج الْوَقْت


Artinya : “Dimakruhkan tidur sebelum menunaikan solat fardu isyak dan berbual selepas menunaikan solat isyak melainkan berbual perkara kebajikan seperti muzakarah ilmu dan perkara yang baik pada agama dan manusia kerana hadith Abu Barzah Al-Aslami r.a. bahawsanya Nabi saw adalah baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan berbual selepasnya.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum tidur ebelum menunaikan solat isyak di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media