SOALAN
Ohmedia dapat rasakan ada antara kita yang kadangkala terlelap ketika sedang menunaikan solat. Mungkin kerana badan terlalu letih selepas selesai bekerja'. Jadi, apakah hukumnya?JAWAPAN
Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah tidur atau pengsan atau terlelap.Beza tidur dengan tertelap ialah tidur itu mengambil masa yang lama manakala terlelap itu sangat cepat masanya.
Oleh itu siapa yang terlelap sekali pun hanya sekadar masa setengah saat nescaya batal wuduknya dan jika dia sedang mengerjakan solat nescaya batal solatnya sebab sudah batal wuduknya.
Berkata Imam Nawawi :
وأما النوم فينظر فيه فإن وجد منه وهو مضطجع أو مكب أو متكئ انتقض وضوؤه
Artinya : "Dan ada pun tertidur maka hendaklah ditilik padanya maka jika tertidurnya itu dalam keadaan berbaring atau tersungkur atau bersandar nescaya batal wuduknya.” (Kitab Syarah Muhazzab)
Maka dapat difahami bahawa jika orang terlelap dalam solat itu ketika sedang qiam nescaya batal solatnya.
Begitu juga batal solatnya jika berlaku terlelap itu ketika melakukan rukun yang lain seperti terlelap ketika sedang rukuk atau sedang iktidal atau sedang turun kepada sujud atau sedang sujud.
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca hukum terlelap ketika solat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media