SOALAN
Ohmedia dapat rasakan ada antara kaum wanita mengalami perkara di mana rambutnya terkeluar ketika sedang solat. Jadi, apakah hukumnya?
JAWAPAN :
Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.
Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :
قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها
Artinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”
Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة
Artinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.”
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca hukum rambut wanita terkeluar ketika solat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media