SOALAN
Ohmedia pasti ada antara korang yang memiliki perniagaan untuk membuat banner. Jadi, apakah hukumnya jika menerima tempahan banner untuk pertandingan menari yang kebiasaan para pesertanya tidak menutup aurat.
JAWAPAN
Menutup aurat adalah wajib dan membukanya di khalayak ramai adalah haram lagi maksiat yang dilarang oleh agama.
Oleh kerana itu pertandingan yang tuan maksudkan itu adalah satu majlis maksiat maka menolong dengan apa sahaja bentuk pertolongan kepada majlis maksiat seperti itu adalah haram dan berdosa.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
ووسيلة الطاعة طاعة كما أن وسيلة المعصية معصية
Artinya : “Dan perantaraan kepada perkara taat itu adalah satu ketaatan seperti mana perantaraan kepada perkara maksiat juga adalah satu maksiat.” (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)
Telah berkata Syeikh Muhammad Bafadhal As-Syafie :
و) منها (الإعانة على المعصية) أى على معصية من معاصى الله بقول أو فعل أو غيره ثم إن كانت المعصية كبيرة كانت الإعانة عليها كبيرة كذلك كما فى الزواجر قال فيها وذكرى لهذين أى الرضا بها والاعانة عليها
Artinya : “Dan setengah dari perkara dosa itu ialah menolong perkara maksiat dari segala jenis maksiat terhadap Allah samada dengan perkataan atau perbuatan atau lainnya. Jika maksiat itu dosa besar maka menolong atasnya juga dosa besar sebagaimana tersebut pada kitab Az-Zawajir yang disebut padanya redha dengan maksiat dan menolong atas perkara maksiat.” (Kitab Is’adu Ar-Rafiq)
KESIMPULAN
Majlis tari menari yang mana ada padanya perempuan atau lelaki yang mendedahkan aurat adalah haram dan dikira sebagai majlis maksiat.
Pekerjaan membuat iklan untuk untuk majlis maksiat adalah satu maksiat dan pendapatan yang diperolehi daripadanya adalah haram.
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca Hukum Bantu Perkara Maksiat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media