Gandingan ‘Adik-Beradik’ Nabila Huda, Bront Palarae & Farah Ahmad Dalam Iklan Raya Haji Saji Ni Memang Bikin Sebak


Jika dibandingkan dengan Hari Raya Puasa, sambutan Aidiladha dilihat agak kurang diraikan. Kebanyakan daripada kita menjadikan Hari Raya Korban sambutan ‘kedua’, baju raya pun ramai yang ‘recycle’ dari raya lepas, semuanya disambut pada skala sederhana.

Tapi tahun ni agak berbeza kerana Aidilfitri yang lalu disambut dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ramai yang tak dapat balik kampung untuk bertemu dengan insan tersayang.

Menampilkan kelainan, jenama minyak masak Saji melancarkan iklan raya korban mereka sendiri untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. Mengangkat mesej pengorbanan, keikhlasan, serta kasih sayang adik-beradik, iklan ni pasti membuatkan ramai yang berlinangan air mata dengan jalan ceritanya.

3 beradik yatim piatu


Iklan menyentuh hati mengangkat mesej pengorbanan ini membariskan nama besar dalam industri iaitu Nabila Huda sebagai Ucu, Bront Palarae sebagai Angah, dan bintang utama, menantu Fauziah Nawi, Farah Ahmad memegang watak Yong.

Berkisar kehidupan 3 beradik yatim piatu, Yong memainkan peranan mak dan ayah sejak adik-adiknya kehilangan tempat bermanja dan mencurahkan kasih sayang.

Yong digambarkan sebagai seorang kakak sulung yang garang dan cerewet apatah lagi membabitkan masakan juadah sambutan raya. Segala bahan wajib mengikut kehendaknya, jika tidak, haru-birulah kehidupan dua adik-adiknya melayan amukan Yong!

Ending ‘potong bawang’


Namun, raya korban tahun ini segalanya berubah apabila Yong terlantar sakit dan tidak lagi mampu menjaga adik-adiknya. Dah tak larat nak masak macam dulu. 

Apa yang istimewa sangat pada juadah itu? Degilkah Yong sudah terlantar pun masih mahu makan lauk raya? Tonton iklan ini untuk mengetahui kesudahan dan mesej yang ingin disampaikan. Confirm berjurai air mata tanpa sedar!

Apa yang pasti, keikhlasan dalam setiap tindak-tanduk akan menghasilkan sesuatu yang manis di penghujungnya. Ingatlah, walaupun menjangkau usia, hubungan kasih sayang adik-beradik akan kekal selamanya. Pengorbanan yang ikhlas akan sentiasa dikenang. Salam Aidiladha dari SAJI #SAJIdiHati #IklanRayaHaji2020

Masak Seikhlas Hati, Dengan SAJI Pasti Menjadi!




https://fgvdelima.com/

Sumber: Oh! Media