Dr Noor Hisham Gembira Umumkan 1 Kes Covid-19 & Sifar Kes Tempatan


Hari ini 1 Julai 2020 adalah hari yang sangat bermakna buat Malaysia apabila kita berjaya merekodkan hanya 1 kes sahaja bagi jangkitan Covid-19. Lebih bermakna lagi apabila hari ini sifar kes bagi penularan tempatan.

Hal ini diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dan beliau dilihat sangat gembira untuk mengumumkannya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Saya juga ingin mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang sama-sama membantu KKM. Hari ini kita ada satu kes iaitu hari yang bersejarah, satu kes dilaporkan dan kes sifar untuk penularan tempatan. - Katanya.

Kami di Ohmedia juga ingin ucapkan tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya sehingga ke tahap ini. Akan tetapi kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan teruskan semangat Kita Jaga Kita!

Kita juga perlu elakkan apa yang berlaku di negara lain yang menunjukkan kes kembali menaik selepas kelonggaran diberikan sepenuhnya. Rakyat Malaysia juga masih mempunyai misi untuk mencapai kes sifar untuk 1 bulan dan seterusnya.

Ikuti, sidang media bermakna ini dan lihat sendiri saat Dr Noor Hisham tersenyum pada minit ke-43.


Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang ikuti sidang mendia KKM di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media