Dibenar Rentas Negeri Pulang Ke Kampung Tetapi Hanya 20 Orang Dalam Satu Masa


Sebentar tadi Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa rakyat masih dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung. Bagaimanapun ada beberapa SOP yang perlu kita patuhi.

Antaranya adalah setiap rumah yang menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha mestilah tidak melebihi 20 orang tetamu dalam satu-satu masa. Untuk aktiviti korban pula, tidak melebihi 10 ekor haiwan korban bagi masjid dan surau.

Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban dan kerajaan menggalakkan supaya ibadah Korban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan. Nisbah 20 orang untuk seekor haiwan, kalau ada lima ekor haiwan (untuk disembelih) bermakna 100 orang termasuk tukang sembelih dan melapah. - Katanya.

Bagaimanapun, jamuan makan atau kenduri di tapak korban tidak dibenarkan yang hanya membenarkan aktiviti membungkus makanan sahaja.

Seperti sedia maklum, Hari Raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan disebabkan itu kerajaan menggalakkan untuk kita adakan ibadah korban pada hari raya kedua, ketiga atau keempat bagi mengelakkan kesesakan sewaktu orang datang menunaikan solat Jumaat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Hari Raya Aidiladha di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media