Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa telah bercerai 9 Julai lalu dan hasil perkahwinan mereka sebelum ni telah mendapat seorang anak lelaki iaitu Jebat. Walaupun sudah bercerai, tapi sikap mereka yang profesional dalam tanggungjawab untuk besarkan anak mereka tu perlu dicontohi.
Menurut Berita Harian, Neelofa juga sangat kagum dengan hubungan mereka berdua sekarang ni walaupun sudah berpisah dan tidak lagi duduk sebumbung demi menunaikan tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada Jebat. Bukan tu jer, Neelofa juga berkata yang kalau netizen tengok Sharnaaz dan Nabila,mesti ingat yang mereka berdua masih lagi bersama.
Demi nak luangkan masa dengan Jebat, Sharnaaz boleh dikatakan hari-hari datang ke rumah dan kadang-kala tu sampai dua kali datang. Ini jugalah salah satu benda yang orang perlu contohi bila dalam situasi yang sama macam mereka berdua ni sebab bagi pandangan Ohmedia, anak tidak salah dan perlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibu dan bapanya.
Kredit: Berita Harian
Sumber: Oh! Media